TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Peruntukan penyelenggaraan sekolah naik RM1.5 bilion pada 2027

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan penyelenggaraan untuk semua jenis sekolah bagi tahun 2027 sebanyak 50 peratus, iaitu daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.

Beliau berkata, inisiatif itu merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta sekolah pendidikan khas di seluruh negara.

"Saya turut mengarahkan Kementerian Pendidikan turun ke setiap daerah untuk meneliti permohonan pembaikan prasarana agar kerja penyelenggaraan dapat dimulakan seawal Januari 2027," katanya pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026, hari ini.

Selain isu pendidikan, Perdana Menteri turut mengumumkan lima lagi inisiatif utama merangkumi akses percuma modul AI kepada 100,000 belia, peruntukan RM1 bilion oleh SKMM untuk pendigitalan sektor kesihatan, serta peningkatan ambang pengecualian e-Invois kepada RM3 juta setahun.

Bagi memacu ekonomi penjaja dan peniaga kecil, kerajaan turut menambah dana pembiayaan mikro kepada RM6 bilion serta memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI bernilai RM200 juta.

+ - reset