TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM ikrar pulangkan hasil rampasan kegiatan haram kepada rakyat

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk memulangkan semula dana yang dirampas daripada kegiatan haram serta salah guna kuasa kepada rakyat, terutamanya bagi memperkasakan sektor pendidikan dan kesihatan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyaluran semula dana bernilai berbilion ringgit yang diperoleh menerusi keputusan badan kehakiman itu penting bagi memastikan hasil negara diagihkan secara adil.

"Hari ini saya isytiharkan semua dana yang dirampas daripada hasil haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman akan dipulangkan terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.

Beliau menekankan bahawa erti kemerdekaan sebenar terletak kepada pembelaan terhadap seluruh rakyat tanpa mengira kaum, termasuk penduduk terpencil yang wajar menikmati kemakmuran negara secara saksama.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya memanfaatkan sambutan Hari Kebangsaan untuk memperkukuh muafakat dan menyatukan tenaga bagi mengangkat martabat Malaysia ke peringkat global.

+ - reset