Berita Berita
21 penumpang cedera feri bertembung kapal dalam kawasan had Pelabuhan Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 2 September – Seramai 21 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan selepas Feri Teluk Bahang bertembung dengan sebuah kapal kargo, MV Mekar Jaya, dalam kawasan had Pelabuhan Pulau Pinang malam semalam.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, insiden perlanggaran yang berlaku kira-kira jam 8.40 malam itu membabitkan kapal yang sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) dan feri yang menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).
Kesemua penumpang yang tercedera telah dikezalkan ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut, manakala tiada lagi mangsa yang berada di PSAH.
Pihak SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengesahkan operasi perkhidmatan feri kini berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan dan tindakan susulan untuk membantu semua mangsa yang terlibat sedang dilaksanakan.
Berita berkaitan
September 2, 2026, 12:12 pm
Pelancong wanita El Salvador maut akibat langgar lari ketika berjalan kaki dekat hotel di Pasir Puteh
September 2, 2026, 12:07 pm
Hukum solat tersalah waktu di luar negara bergantung jenis kesilapan
September 2, 2026, 12:02 pm
Kerajaan larang penayangan drama 'Madu atau Racun' sentuh sensitiviti
September 2, 2026, 10:29 am
'Saya cuma hadir untuk lihat sambutan rakyat’ - Tun M jelaskan kehadirannya di Putrajaya pada Hari Kebangsaan
September 2, 2026, 10:04 am
Empat laporan diterima, polis 'jemput' lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan tampil ke IPD Putrajaya
September 2, 2026, 9:52 am
KM Melaka hantar makanan terus ke rumah pelanggan, mahu rasa sendiri hidup 'keras' seorang ‘rider’
September 2, 2026, 9:17 am
Malaysia tak mahu dipaksa pilih AS atau China, Jepun kekal rakan strategik - Johari
September 2, 2026, 8:31 am
