Berita Berita
Imigresen tahan 123 warga asing dalam serbuan 21 premis di Johor
JOHOR BAHRU, 3 September – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 123 warga asing hasil serbuan ke atas 21 buah premis perniagaan dalam operasi penguatkuasaan berturut-turut yang berakhir semalam.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus memaklumkan bahawa operasi dua hari itu menyasar pelbagai jenis premis perniagaan termasuk kedai makan dim sum, pusat servis kenderaan, kedai dobi, kedai aksesori kenderaan serta pusat refleksologi.
Kesemua warga asing berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan merangkumi warganegara Myanmar, Indonesia, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan China yang dipercayai bekerja sebagai tukang masak, tukang urut serta pelayan di premis berkenaan.
Selain penahanan tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1953/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, pihak imigresen turut menahan enam warga tempatan yang bertindak sebagai pengurus premis bagi membantu siasatan.
Kesemua tahanan warga asing kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut, manakala sebanyak 13 Borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan sepanjang operasi terbabit.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:55 am
Guru mengaku tidak bersalah 'sentuh' dua murid lelaki di luar dewan makan, bilik warden
September 3, 2026, 11:12 am
