Berita Berita
Akmal Saleh, delegasi Pemuda UMNO hadir Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu
KOTA BHARU, 3 September – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama kira-kira 25 delegasi pergerakan itu mencuri tumpuan apabila hadir ke Muktamar Dewan Pemuda PAS sempena Muktamar PAS Ke-72 di sini, pagi tadi.
Kehadiran beliau yang diiringi Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden disambut baik serta mendapat penghargaan khas sewaktu sesi ucapan pembukaan muktamar berkenaan.
Dalam ucaptamanya, Afnan Hamimi menegaskan bahawa agenda penyatuan umat perlu dilaksana menerusi tindakan yang ikhlas dengan mengenepikan kepentingan kelompok dan bukannya sekadar dijadikan slogan atau omongan kosong.
Beliau menambah bahawa Pemuda PAS akan terus komited menjadi jambatan penyatuan bersama rakan komponen Perikatan Nasional serta pergerakan pemuda parti lain demi mencapai matlamat bersama walaupun berbeza wadah politik.
Muktamar Dewan Pemuda PAS yang dirasmikan oleh Tuan Ibrahim itu berlangsung selama dua hari serentak dengan penganjuran Muktamar Dewan Ulama serta Dewan Muslimat PAS di Kelantan.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:55 am
Guru mengaku tidak bersalah 'sentuh' dua murid lelaki di luar dewan makan, bilik warden
September 3, 2026, 11:04 am
