Berita Berita
‘Saya tak benarkan seorang pun ahli politik campur tangan dalam tadbir urus’ - Pengerusi TH
BANGI 3 Sept - Lembaga Tabung Haji (TH) tidak membuat sebarang pelantikan berunsur politik atau berdepan campur tangan politik di bawah kepimpinan semasa, seiring usaha institusi itu memperkukuh tadbir urus secara profesional.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, sejak dilantik sebagai pengerusi pada 2023, beliau tidak membenarkan mana-mana ahli politik dilantik ke dalam Lembaga Pengarah TH kerana institusi itu perlu ditadbir secara profesional sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang berwibawa.
"Semenjak saya masuk TH, secara asasnya saya tidak benarkan seorang pun ahli politik (dilantik) dalam TH.
"Saya sangat bertuah, saya bekerja dengan dua menteri yang sangat baik, iaitu menteri terdahulu dan sekarang yang memahami bahawa saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak mahu TH dipengaruhi oleh politik," katanya kepada pemberita pada program Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di sini hari ini.
Beliau berkata, TH perlu diuruskan sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang berwibawa dan secara profesional bagi memastikan urusan ibadah haji dapat dilaksanakan dengan lancar serta memenuhi keperluan masyarakat Islam.
Abdul Rashid berkata, komposisi Lembaga Pengarah pada masa ini adalah berdasarkan dua prinsip utama yang disarankan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), iaitu memenuhi kriteria sesuai dan layak serta mempunyai keseimbangan kemahiran yang diperlukan institusi berkenaan.
Menurutnya, pendekatan itu membolehkan Lembaga Pengarah memainkan peranan lebih aktif menerusi pelbagai jawatankuasa lembaga, di samping memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan kepakaran profesional.
"Alhamdulillah, tiada sama sekali berlaku campur tangan politik. Saya boleh memberi jaminan bahawa sepanjang saya bekerja dengan kedua-dua menteri berkenaan, tiada campur tangan politik berlaku," katanya.
Abdul Rashid berkata, pendekatan pengurusan secara profesional turut membantu memulihkan kedudukan kewangan TH, termasuk memperkukuh kedudukan kewangan, meningkatkan rizab serta memastikan institusi berkenaan kembali mencatat keuntungan.
Beliau berkata, TH mencatatkan peningkatan keuntungan dan dividen lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan positif itu dijangka berterusan.
"Kami berada di landasan pemulihan tepat dan telah berjaya melaksanakannya. Kami telah memperkukuh kedudukan kewangan, mula meningkatkan rizab, membuat hapus kira terhadap segala yang perlu serta melakukan tadbir urus yang sewajarnya," katanya.
Ditanya mengenai syor RCI yang paling mencabar untuk diselesaikan, Abdul Rashid berkata, TH telah melaksanakan 76 peratus daripada 25 syor yang dikemukakan.
"… malah, ia melibatkan pihak luar dan urusan dengan pihak berkaitan bukanlah sesuatu yang mudah kerana prosesnya mengambil masa yang panjang," katanya.
Pada 29 Julai, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Laporan berkenaan mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan dalam pengurusan institusi berkenaan sepanjang tempoh tersebut, selain mengemukakan 25 syor tindakan penambahbaikan, dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai lepas.
Berita berkaitan
September 4, 2026, 1:23 pm
Lelaki 'terpaling anak jantan' cetus provokasi ketika Hari Kebangsaan di Putrajaya disahkan positif dadah
September 4, 2026, 12:57 pm
‘Tengku Zafrul tak pernah bawa isu judi ke kabinet semasa jadi Menteri Kewangan' - Takiyuddin
September 4, 2026, 12:32 pm
PH perlu ‘khemah besar’ hadapi PRU16, BERSATU antara parti disaran digabung
September 4, 2026, 11:37 am
Empat suspek kes dadah RM45 juta lari ke Thailand, Vietnam selepas pembantu juruterbang ditahan di Indonesia
September 4, 2026, 11:08 am
'Saya hadir kerana sepina, tapi disuruh pulang' – Madinah jawab dakwaan Pengerusi TH
September 4, 2026, 10:46 am
'TPM, menteri tiada hak desak PM adakan PRU lebih awal, kalau tak setuju boleh letak jawatan' - Hassan
September 4, 2026, 9:43 am
Tersepit pada tayar lori, kanak-kanak 12 tahun maut dalam kemalangan di Gurun
September 4, 2026, 9:16 am
