Berita Berita
'TPM, menteri tiada hak desak PM adakan PRU lebih awal, kalau tak setuju boleh letak jawatan' - Hassan
JOHOR BAHRU 4 Sept - Menteri Kabinet yang secara terbuka mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tidak mempunyai hak berbuat demikian di bawah Perlembagaan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Beliau berkata, keputusan mengenai bila Parlimen dibubarkan dan PRU-16 diadakan terletak pada kuasa prerogatif Perdana Menteri dan Anwar tidak perlu menurut desakan mana-mana menteri atau parti politik.
Menurutnya, jika ada menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk membiarkan penggal Parlimen ke-15 berakhir, tindakan yang wajar dan bermaruah adalah meletakkan jawatan daripada Kabinet.
“Sekiranya menteri berkenaan dan parti politiknya tidak bersetuju dengan keputusan perdana menteri yang telah membuat keputusan sebelum ini bahawa PRU-16 akan diadakan sehingga tamat tempoh Parlimen ke-15.
“Maka menteri yang berkenaan jika bertegas tidak bersetuju dengan keputusan itu, maka perkara yang menasabah dan bermaruah yang perlu dilakukannya ialah dengan meletakkan jawatan sebagai seorang menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.
Hassan berkata, pendirian terbuka sedemikian juga boleh dilihat bercanggah dengan prinsip tanggungjawab bersama menteri (Collective Ministerial Responsibility) seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, sistem Kabinet Kerajaan Persekutuan berasaskan dua doktrin utama iaitu tanggungjawab bersama menteri serta tanggungjawab menteri secara individu.
“Kuasa perdana menterilah untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-16 sebagaimana Perkara 40(1) dan tertakluk Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Kenyataan itu dibuat susulan pendirian Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengesahkan komitmen gabungan itu sekiranya PRU-16 diadakan lebih awal.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pilihan raya lebih awal adalah lebih baik bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan memperoleh mandat baharu daripada rakyat.
“Pada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh.
“Tetapi andainya jika penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, maka kita juga bersedia menghadapinya,” katanya.
Berita berkaitan
September 4, 2026, 1:23 pm
Lelaki 'terpaling anak jantan' cetus provokasi ketika Hari Kebangsaan di Putrajaya disahkan positif dadah
September 4, 2026, 12:57 pm
‘Tengku Zafrul tak pernah bawa isu judi ke kabinet semasa jadi Menteri Kewangan' - Takiyuddin
September 4, 2026, 12:32 pm
PH perlu ‘khemah besar’ hadapi PRU16, BERSATU antara parti disaran digabung
September 4, 2026, 11:37 am
Empat suspek kes dadah RM45 juta lari ke Thailand, Vietnam selepas pembantu juruterbang ditahan di Indonesia
September 4, 2026, 11:08 am
'Saya hadir kerana sepina, tapi disuruh pulang' – Madinah jawab dakwaan Pengerusi TH
September 4, 2026, 9:43 am
Tersepit pada tayar lori, kanak-kanak 12 tahun maut dalam kemalangan di Gurun
September 4, 2026, 9:16 am
Lari 50 meter, lompat pagar tanah perkuburan, mekanik ditembak tiga das
September 3, 2026, 6:36 pm
