Berita Berita
Lari 50 meter, lompat pagar tanah perkuburan, mekanik ditembak tiga das
BUKIT MERTAJAM 4 Sept - Seorang mekanik cedera di tapak tangan kanan selepas ditembak sekurang-kurangnya tiga das oleh dua lelaki bermotosikal di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Lembu, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari, mangsa berusia 43 tahun dilaporkan sedang berada di bengkel berkenaan sebelum didatangi dua suspek yang menaiki motosikal.
Kedua-dua suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah mangsa menyebabkan dia cedera di tapak tangan kanan.
Menyedari nyawanya dalam bahaya, mangsa bertindak melarikan diri kira-kira 50 meter dari bengkel sebelum melompat pagar yang bertentangan dengan tanah perkuburan Cina untuk menyelamatkan diri.
Difahamkan, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim, Kedah, sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Polis dan pasukan forensik yang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan peluru serta kelongsong peluru terpakai.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Usaha mengesan suspek sedang dijalankan," katanya.
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian, manakala mangsa turut mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Berita berkaitan
September 4, 2026, 1:23 pm
Lelaki 'terpaling anak jantan' cetus provokasi ketika Hari Kebangsaan di Putrajaya disahkan positif dadah
September 4, 2026, 12:57 pm
‘Tengku Zafrul tak pernah bawa isu judi ke kabinet semasa jadi Menteri Kewangan' - Takiyuddin
September 4, 2026, 12:32 pm
PH perlu ‘khemah besar’ hadapi PRU16, BERSATU antara parti disaran digabung
September 4, 2026, 11:37 am
Empat suspek kes dadah RM45 juta lari ke Thailand, Vietnam selepas pembantu juruterbang ditahan di Indonesia
September 4, 2026, 11:08 am
'Saya hadir kerana sepina, tapi disuruh pulang' – Madinah jawab dakwaan Pengerusi TH
September 4, 2026, 10:46 am
'TPM, menteri tiada hak desak PM adakan PRU lebih awal, kalau tak setuju boleh letak jawatan' - Hassan
September 4, 2026, 9:43 am
Tersepit pada tayar lori, kanak-kanak 12 tahun maut dalam kemalangan di Gurun
September 3, 2026, 6:36 pm
