Berita Berita
Lelaki 'terpaling anak jantan' cetus provokasi ketika Hari Kebangsaan di Putrajaya disahkan positif dadah
PUTRAJAYA 4 Sept - Berebut tempat duduk dipercayai menjadi punca seorang lelaki mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu telah dilengkapkan dan kini berada di pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
"Sebanyak tujuh keterangan saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Punca kejadian nak rebut tempat duduk," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, media melaporkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari tamat.
Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tukang masak ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira jam 12.15 tengah malam pada 2 September.
Lelaki terbabit direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.
Ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya turut mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berbaju coklat dipercayai mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang sedang bertugas.
Aidi Sham dilaporkan berkata, lelaki terbabit dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar masuk ke kawasan tempat duduk awam.
Tindakan itu menyebabkan berlaku tolak-menolak sehingga beberapa individu terjatuh.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika orang ramai berkumpul bagi menunggu pintu masuk ke kawasan tempat duduk awam dibuka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Berita berkaitan
September 4, 2026, 12:57 pm
‘Tengku Zafrul tak pernah bawa isu judi ke kabinet semasa jadi Menteri Kewangan' - Takiyuddin
September 4, 2026, 12:32 pm
PH perlu ‘khemah besar’ hadapi PRU16, BERSATU antara parti disaran digabung
September 4, 2026, 11:37 am
Empat suspek kes dadah RM45 juta lari ke Thailand, Vietnam selepas pembantu juruterbang ditahan di Indonesia
September 4, 2026, 11:08 am
'Saya hadir kerana sepina, tapi disuruh pulang' – Madinah jawab dakwaan Pengerusi TH
September 4, 2026, 10:46 am
'TPM, menteri tiada hak desak PM adakan PRU lebih awal, kalau tak setuju boleh letak jawatan' - Hassan
September 4, 2026, 9:43 am
Tersepit pada tayar lori, kanak-kanak 12 tahun maut dalam kemalangan di Gurun
September 4, 2026, 9:16 am
Lari 50 meter, lompat pagar tanah perkuburan, mekanik ditembak tiga das
September 3, 2026, 6:36 pm
