Berita Berita
‘Tengku Zafrul tak pernah bawa isu judi ke kabinet semasa jadi Menteri Kewangan' - Takiyuddin
PENGKALAN CHEPA 4 Sept - Isu kelulusan operasi perjudian ketika Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menerajui Kementerian Kewangan didakwa tidak pernah dibawa ke Kabinet atau melalui memorandum Jemaah Menteri, sebaliknya diputuskan di peringkat kementerian berkenaan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan pada ketika itu dan tidak melibatkan pertimbangan menteri lain dalam Kabinet.
“Saya ingat perkara itu tidak pun dibawa ke Kabinet. Hanya di peringkat Kementerian Kewangan.
“Minta Tengku Zafrul sahkan, dia menteri kewangan, kami menteri lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Persamian dan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini.
Takiyuddin yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Zafrul berhubung isu perjudian ketika beliau menerajui Kementerian Kewangan.
Berdasarkan laporan media, Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri itu dipetik berkata, keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun ketika pentadbiran terdahulu adalah tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, termasuk menteri daripada PAS ketika itu.
Katanya, cabutan khas bukan perkara baharu, sebaliknya telah diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun sudah wujud ketika pentadbiran Barisan Nasional sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, ketiadaan perkara itu dibawa ke Kabinet menyebabkan menteri lain tidak mempunyai maklumat mengenainya ketika keputusan tersebut dibuat.
“Bila tak dibawa ke Kabinet, kami tidak ada maklumat. Bila dah keluar beberapa kali itu, barulah kami buat teguran dan benda itu dah putus. Itu Kementerian Kewangan punya bidang kuasa,” ujarnya.
Takiyuddin turut menegaskan, beliau tidak mengingati adanya kertas Kabinet atau memorandum Jemaah Menteri berkaitan keputusan tersebut.
“Saya ingat saya tidak dibawa ke Kabinet. Tidak ada kertas Kabinet. Tidak ada memorandum Jemaah Menteri.
“Diputuskan memang bidang kuasa di Kementerian Kewangan,” katanya.
Pada masa sama, Takiyuddin menjelaskan, kementerian lain tidak mempunyai maklumat mengenai keputusan yang dibuat sekiranya sesuatu perkara itu tidak dibawa untuk pertimbangan dan keputusan Kabinet.
Berita berkaitan
September 4, 2026, 1:23 pm
Lelaki 'terpaling anak jantan' cetus provokasi ketika Hari Kebangsaan di Putrajaya disahkan positif dadah
September 4, 2026, 12:32 pm
PH perlu ‘khemah besar’ hadapi PRU16, BERSATU antara parti disaran digabung
September 4, 2026, 11:37 am
Empat suspek kes dadah RM45 juta lari ke Thailand, Vietnam selepas pembantu juruterbang ditahan di Indonesia
September 4, 2026, 11:08 am
'Saya hadir kerana sepina, tapi disuruh pulang' – Madinah jawab dakwaan Pengerusi TH
September 4, 2026, 10:46 am
'TPM, menteri tiada hak desak PM adakan PRU lebih awal, kalau tak setuju boleh letak jawatan' - Hassan
September 4, 2026, 9:43 am
Tersepit pada tayar lori, kanak-kanak 12 tahun maut dalam kemalangan di Gurun
September 4, 2026, 9:16 am
Lari 50 meter, lompat pagar tanah perkuburan, mekanik ditembak tiga das
September 3, 2026, 6:36 pm
