TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pemandu terkejut 'rider' pecut laju lepas langgar kereta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 SEPTEMBER - Sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) tular di media sosial menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang penghantar makanan (rider) sebuah syarikat e-hailing yang didakwa melanggar sebuah kenderaan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Kejadian yang berlaku sewaktu waktu senja itu mengejutkan sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka yang berada di dalam kereta berkenaan. 

Menerusi rakaman video, motosikal itu dilihat memandu secara merbahaya sebelum merempuh kenderaan mangsa dan terus memecut laju.

Menurut pemilik rakaman, insiden tersebut menyebabkan anaknya ketakutan di tempat duduk belakang. 

Suami mangsa terpaksa mengejar motosikal berkenaan untuk mendapatkan maklumat pendaftaran kenderaan (nombor plate) bagi tujuan tindakan lanjut.

Mangsa meluahkan rasa tidak puas hati atas sikap penunggang berkenaan yang tidak bertimbang rasa dan memperjudikan keselamatan pengguna jalan raya lain demi mengejar masa. 

Pihak mangsa mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan menyerahkan bukti rakaman video untuk tindakan susulan pihak berkuasa.

 

+ - reset