TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga asing 'lepak' dekat padang, siap bakar sampah waktu jerebu di Bangi

By
|
Kongsi
image

BANGI 7 SEPTEMBER – Tindakan sekumpulan individu dipercayai warga asing berkumpul dan melakukan pembakaran terbuka secara sewenang-wenangnya di sebuah kawasan padang lapang Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Menerusi satu rakaman video yang tular, kelihatan beberapa kumpulan lelaki sedang lepak bersantai di atas padang berkenaan seolah-olah kawasan itu kawasan peribadi mereka. 

Keadaan menjadi lebih teruk apabila terdapat unggun api terbuka yang dinyalakan di tengah-tengah padang, sekali gus menghasilkan kepulan asap ke udara.

Tindakan mementingkan diri itu menimbulkan pertikaian penduduk setempat, memandangkan keadaan cuaca semasa yang diselubungi jerebu sudah cukup menjejaskan kualiti udara. 

Sikap tidak bertanggungjawab sekumpulan warga asing berkenaan yang selamba membakar sampah dan ranting kayu secara terbuka dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan serta menimbulkan risiko kebakaran.

Selain isu pembakaran terbuka, kehadiran warga asing dalam jumlah yang ramai di kawasan lapang kejiranan itu turut menimbulkan rasa kurang selesa dan bimbang akan aspek keselamatan serta kebersihan persekitaran.

Sehubungan itu, penduduk menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan agar segera mengambil tindakan tegas serta meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan bagi membendung aktiviti sedemikian daripada terus berulang.

+ - reset