Berita Viral
Warga asing didakwa tetapkan syarat penggunaan padang bola
KUALA LUMPUR 7 SEPTEMBER - Sebuah rakaman video berdurasi satu minit tular di media sosial memaparkan pertengkaran mulut antara seorang lelaki tempatan dengan lelaki warga asing di sebuah padang bola sepak.
Berdasarkan rakaman itu, lelaki tempatan berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan kumpulan warga asing yang didakwa cuba menetapkan syarat atau peraturannya sendiri bagi penggunaan padang awam berkenaan.
Lelaki tempatan itu turut menegaskan bahawa kemudahan padang bola tersebut terletak di Malaysia dan warga asing tidak sepatutnya bertindak seolah-olah mempunyai hak untuk membuat peraturan di kawasan itu.
Beliau juga mempertikaikan tindakan mereka yang didakwa kerap memenuhi padang sehingga mengganggu penduduk tempatan untuk beriadah.
Manakala lelaki warga asing yang dirakam pula mempertahankan diri dengan menjelaskan bahawa mereka tidak menetapkan sebarang syarat, sebaliknya akan beredar atau keluar secara sukarela dari padang sekiranya ada kumpulan lain yang datang untuk bermain.
Insiden berkenaan telah menarik perhatian warganet dan mencetuskan pelbagai reaksi di platform media sosial, dengan ramai yang menggesa pihak berkuasa dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat semakan serta pemantauan berterusan di kawasan berkenaan.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 7:02 pm
'Normal day in Klang', lelaki tumbuk pemandu lori di tengah jalan raya
September 7, 2026, 6:02 pm
Staf 'airport' campak air zam-zam di India
September 7, 2026, 4:43 pm
Pemandu e-hailing berang pelancong asing tipu nak bayar RM50 untuk pulang kamera tertinggal dalam kereta
September 7, 2026, 3:38 pm
'Saya tumpang kona sahaja', tuan rumah berang pemandu buat 'u turn' depan rumah di Sungai Petani
September 7, 2026, 12:18 pm
Tindakan peserta konvoi motosikal suruh perlahankan kereta terima kecaman ramai di Melaka
September 7, 2026, 11:09 am
Warga asing 'lepak' dekat padang, siap bakar sampah waktu jerebu di Bangi
September 6, 2026, 10:03 pm
Pemandu terkejut 'rider' pecut laju lepas langgar kereta
September 6, 2026, 3:37 pm
