Berita Viral
Tindakan peserta konvoi motosikal suruh perlahankan kereta terima kecaman ramai di Melaka
KUALA LUMPUR 7 SEPTEMBER - Tular satu rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan tindakan segelintir peserta konvoi motosikal mengarahkan pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan demi memberi laluan kepada kumpulan mereka.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka itu mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik menerusi akaun MelakaExplorer.
Berdasarkan rakaman berdurasi 15 saat berkenaan, insiden itu dikesan berlaku semalam.
Kelihatan beberapa penunggang motosikal yang bergerak secara berkumpulan sebelum seorang daripadanya dilihat mengibaskan tangan ke arah pemandu kenderaan lain supaya memperlahankan kelajuan.
Tindakan itu nyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai mementingkan diri sendiri dan seolah-olah menganggap jalan raya raya berkenaan hak milik peribadi.
Rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan terbabit bagi meyakinkan keselamatan dan kelancaran lalu lintas pengguna jalan raya yang lain.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 7:02 pm
'Normal day in Klang', lelaki tumbuk pemandu lori di tengah jalan raya
September 7, 2026, 6:02 pm
Staf 'airport' campak air zam-zam di India
September 7, 2026, 4:43 pm
Pemandu e-hailing berang pelancong asing tipu nak bayar RM50 untuk pulang kamera tertinggal dalam kereta
September 7, 2026, 3:38 pm
'Saya tumpang kona sahaja', tuan rumah berang pemandu buat 'u turn' depan rumah di Sungai Petani
September 7, 2026, 11:59 am
Warga asing didakwa tetapkan syarat penggunaan padang bola
September 7, 2026, 11:09 am
Warga asing 'lepak' dekat padang, siap bakar sampah waktu jerebu di Bangi
September 6, 2026, 10:03 pm
Pemandu terkejut 'rider' pecut laju lepas langgar kereta
September 6, 2026, 3:37 pm
