Berita Berita
Samarahan catat IPU sangat tidak sihat
KUALA LUMPUR, 7 September – Samarahan di Sarawak menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 226 setakat jam 8 pagi ini.
Data menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan tiada kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap bahaya, namun sebanyak 40 kawasan lain di seluruh negara kini berada pada kategori tidak sihat.
Sarawak kekal sebagai negeri paling terjejas teruk berikutan 11 kawasannya merekodkan IPU tidak sihat termasuk Sarikei pada bacaan 194, IPD Serian (193), Kuching (192), Sibu (183) dan Sri Aman (183).
Di Lembah Klang pula, kualiti udara tidak sihat dikesan di enam kawasan dalam negeri Selangor antaranya Johan Setia yang mencatatkan IPU 184, Shah Alam (166) serta Petaling Jaya (158), di samping Batu Muda (163) dan Cheras (160) di Kuala Lumpur serta Putrajaya (163).
Keadaan jerebu terbabit turut menyelubungi beberapa wilayah lain melibatkan negeri Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan yang kesemuanya mencatatkan trend bacaan IPU melebihi julat 100.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 4:35 pm
Abdul Hadi sedia beri kerjasama kepada polis berhubung dakwaan campur tangan AS
September 7, 2026, 4:26 pm
Ketua Penolong Pengarah RTM dipenjara enam bulan dan didenda RM10,000 atas pertuduhan rasuah
September 7, 2026, 4:19 pm
Ab Rauf beri bayangan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh dua minggu lagi
September 7, 2026, 3:51 pm
Lelaki pukul, kurung isteri bersama empat anak dipercayai kerana cemburu ditahan di Gong Badak
September 7, 2026, 3:00 pm
UMNO tak jemput PH ke PAU 2026, Zahid Hamidi jelaskan jemputan untuk Pas
September 7, 2026, 2:30 pm
Operasi SAR enam pendaki hilang di Trans GBB ditumpukan di laluan Perak
September 7, 2026, 2:18 pm
Kos sara hidup meningkat dorong golongan muda tangguh kahwin dan zuriat
September 7, 2026, 1:49 pm
Bekas Pengarah Besar FELDA direman lima hari bantu siasatan salah guna kuasa dan penjualan tanah
September 7, 2026, 1:48 pm
