Berita Berita
'Lupakan saja, nanti hidup kau merana dik' – Rafizi beri nasihat 'mahal’ kepada wanita mahu berkahwin dengan ahli politik
KUALA LUMPUR 8 Sept – Hasrat seorang pengguna Threads untuk berkahwin dengan ahli politik kerana menganggap kehidupan mereka lebih mudah mengundang respons sinis namun bersahaja daripada bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna terbabit meluahkan keinginan untuk berkahwin dengan ahli politik kerana beranggapan golongan itu menikmati kehidupan yang senang.
Menjawab perkara itu, Rafizi berkata, persepsi bahawa semua ahli politik hidup senang perlu dilihat dengan lebih berhati-hati kerana latar belakang dan cara hidup mereka berbeza.
“Hati-hati politicians ada banyak jenis,” katanya.
Rafizi kemudian menyenaraikan beberapa kemungkinan yang menurutnya perlu dipertimbangkan sebelum seseorang membuat keputusan untuk berkahwin dengan ahli politik.
Katanya, ahli politik yang tidak mengambil rasuah berkemungkinan menjalani kehidupan sederhana dan tidak mempunyai banyak wang.
“Tak ambil rasuah – so hidup kau miskin dik, tak ada duit sentiasa si suami tu,” katanya.
Beliau turut berseloroh mengenai ahli politik yang sering keluar pada waktu malam, terutama sekiranya pasangan mereka mempunyai sifat mudah berasa tidak yakin atau bimbang.
“Selalu keluar malam – kalau isteri jenis insecure, tak tidur malam dik dok fikir apa si suami buat,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi turut menyentuh mengenai risiko terhadap ahli politik yang menyalahgunakan wang rakyat.
“Takut kena tangkap – kalau si suami laju dengan duit rakyat, dok bimbang kena tangkap,” katanya.
Tidak terhenti di situ, beliau turut menyelitkan gurauan mengenai ahli politik yang mempunyai kecenderungan untuk berkahwin lebih daripada seorang.
“Ada slot empat, kenapa perlu satu – ha-ha, ada yang jenis macam ini, isteri bimbang suami nak tambah slot,” katanya.
Susulan itu, Rafizi secara berseloroh menasihatkan pengguna terbabit supaya melupakan hasrat tersebut.
“Nasihat pak cik: lupakan saja,” katanya sambil disertakan emoji ketawa.
Bagaimanapun, Rafizi kemudian memberikan satu lagi ‘tip’ sekiranya wanita itu tetap mahu mencari pasangan dalam kalangan ahli politik.
“Langkah pertama dah bermula.
“Tips: cuba dekati yang dalam sayap-sayap pemuda, pergi mana-mana ada beg kepit bawah ketiak,” katanya.
Namun, beliau turut mengingatkan mengenai risiko sekiranya parti politik berkenaan tewas dalam pilihan raya.
“Risiko: kalau parti dia kalah, dia dah miskin merana kau dik,” katanya secara berseloroh.
Berita berkaitan
September 8, 2026, 6:11 pm
Helikopter Flying Doctor terhempas di Long Lellang, lima termasuk juruterbang dalam pesawat
September 8, 2026, 5:29 pm
Lelaki cabul anak saudara empat tahun rayu tempoh penjara dikurangkan, mahkamah tambah 20 tahun
September 8, 2026, 3:23 pm
Lari sekejap dari kesibukan, Yuneswaran turun padang dengar sendiri suara masyarakat Ladang Gomali
September 8, 2026, 2:43 pm
Johor lancar operasi besar-besaran tangkap anjing liar susulan serangan ke atas Nur Haira
September 8, 2026, 2:17 pm
Budak 2 tahun parah diserang lima anjing liar masih ditidurkan, kerajaan negeri tanggung kos rawatan
September 8, 2026, 1:37 pm
Mufti Pulau Pinang ingatkan golongan muda semak hukum syarak sebelum ikut trend media sosial
September 8, 2026, 1:30 pm
INTERPOL UK cari Yusoff Rawther untuk serah notis rayuan pendakwaan
September 8, 2026, 1:26 pm
UiTM terus beri bantuan kepada keluarga Fadhlan Fakhry
September 8, 2026, 12:58 pm
