TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UiTM terus beri bantuan kepada keluarga Fadhlan Fakhry

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 8 September – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi jaminan akan terus memberikan perhatian serta bantuan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal yang meninggal dunia selepas menyertai acara Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Pahang.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin menzahirkan komitmen berkenaan semasa menziarahi keluarga mangsa di Taman Bukit Subang sambil menyalurkan sumbangan kepada bapa Allahyarham.

Beliau menyatakan bahawa seluruh warga universiti turut berduka atas kehilangan penuntut UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban terbabit yang dilaporkan rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Selain itu, pihak universiti memantau rapat perkembangan lapan lagi penuntut yang menerima rawatan perubatan berikutan insiden berkaitan haba semasa program jalan lasak di UiTM Kampus Jengka berkenaan.

Salah seorang mangsa, Liya Zafirah Muhammad dari UiTM Cawangan Perak yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HoSHAS dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedia dipindahkan ke wad biasa.

Sementara itu, empat penuntut lain masih mendapat rawatan di Hospital Jengka manakala tiga lagi peserta telah dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaannya semakin pulih.

Shahrin menegaskan bahawa keutamaan kebajikan serta bantuan emosi untuk kesemua penuntut terjejas dan keluarga mereka akan terus diberikan sepanjang proses pemulihan ini.

+ - reset