TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Helikopter Flying Doctor terhempas di Long Lellang, lima termasuk juruterbang dalam pesawat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Sept - Sebuah helikopter yang sedang menjalankan operasi Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and Landing Port (STOLport), Sarawak, petang ini.

Helikopter jenis BO-105 itu membawa lima individu termasuk juruterbang ketika kejadian.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi satu kenyataan mengesahkan insiden berkenaan.

"CAAM menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang," katanya.

Menurut CAAM, helikopter berkenaan ketika itu sedang dalam operasi menjalankan tugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service).

Siasatan lanjut mengenai punca kejadian akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sebarang maklumat lanjut berhubung keadaan semua mangsa dan punca insiden dijangka akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

+ - reset