TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mufti Pulau Pinang ingatkan golongan muda semak hukum syarak sebelum ikut trend media sosial

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN, 8 September – Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menasihati golongan muda supaya tidak terburu-buru mengikut trend media sosial yang melibatkan simbol mahupun amalan agama lain tanpa memahami kedudukannya mengikut syarak.

Kenyataan berkenaan dibuat susulan penularan video memaparkan sekumpulan wanita Muslim bertindak sebagai pembawa dulang berlampu lilin dalam majlis perkahwinan rakan bukan Islam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Mengulas insiden terbabit, Mohd Sukki menjelaskan bahawa hukum sesuatu perbuatan bergantung kepada konteks serta fungsi sebenar perarakan berkenaan dan bukannya dinilai berdasarkan rupa luaran semata-mata.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya perbuatan membawa lampu atau lilin itu terbukti sebahagian daripada ritual keagamaan, maka umat Islam wajib mengelakkan diri daripada menyertai acara sedemikian.

Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa Islam tidak melarang penganutnya hadir meraikan majlis sosial rakan bukan Islam selagi ia tidak melanggar batas akidah dan syariat.

Toleransi antara kaum menurut beliau bukanlah bermaksud mencampuradukkan amalan agama, sebaliknya keharmonian sebenar dicapai melalui sikap saling menghormati sempadan agama masing-masing.

+ - reset