Berita Berita
Lari sekejap dari kesibukan, Yuneswaran turun padang dengar sendiri suara masyarakat Ladang Gomali
SEGAMAT 8 Sept – Hubungan rapat antara wakil rakyat dan masyarakat perlu terus diperkukuh menerusi pendekatan turun padang bagi memahami sendiri keperluan serta permasalahan penduduk setempat.
Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj berkata, pendekatan bersemuka dengan masyarakat membolehkan beliau mendengar sendiri perkara yang memerlukan perhatian serta tindakan susulan daripada Pejabat Parlimen Segamat.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Jalinan Mesra MADANI Komuniti Ladang Gomali, Segamat, yang turut memberi ruang kepada penduduk menyampaikan aduan dan permasalahan secara terus.
“Saya memang suka program seperti ini. Boleh duduk bersama, berbual secara dekat dan dengar sendiri cerita serta perkara yang menjadi keperluan masyarakat setempat,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam program berkenaan, Kaunter Bergerak MADANI Segamat turut dibuka bagi memudahkan penduduk mengemukakan aduan, berkongsi permasalahan serta menyampaikan perkara yang memerlukan perhatian Pejabat Parlimen Segamat.
Selain itu, seramai 50 penduduk menerima bakul makanan, manakala sumbangan tunai turut disampaikan kepada wakil kariah Surau Ladang Gomali bagi membantu mengimarahkan surau serta menyokong pelaksanaan program dan aktiviti jemaah setempat.
Yuneswaran berkata, pendekatan turun padang bukan sekadar memenuhi jemputan menghadiri sesuatu program, sebaliknya lebih penting untuk memahami keadaan sebenar yang dihadapi masyarakat.
“Yang lebih penting ialah kita mendengar sendiri suara masyarakat dan memahami keadaan mereka supaya perkara yang boleh dibantu dapat kita susuli sebaiknya,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada wakil komuniti Ladang Gomali, Puan Manimegalai, atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program berkenaan.
Yuneswaran menegaskan beliau akan terus mendekati masyarakat di seluruh kawasan Parlimen Segamat tanpa mengira sama ada mereka tinggal di bandar, kampung mahupun kawasan ladang.
“Hubungan antara wakil rakyat dan masyarakat perlu sentiasa dekat. Saya akan terus turun, mendengar dan bersama masyarakat Segamat,” katanya.
Berita berkaitan
September 8, 2026, 6:11 pm
Helikopter Flying Doctor terhempas di Long Lellang, lima termasuk juruterbang dalam pesawat
September 8, 2026, 5:29 pm
Lelaki cabul anak saudara empat tahun rayu tempoh penjara dikurangkan, mahkamah tambah 20 tahun
September 8, 2026, 2:43 pm
Johor lancar operasi besar-besaran tangkap anjing liar susulan serangan ke atas Nur Haira
September 8, 2026, 2:17 pm
Budak 2 tahun parah diserang lima anjing liar masih ditidurkan, kerajaan negeri tanggung kos rawatan
September 8, 2026, 1:37 pm
Mufti Pulau Pinang ingatkan golongan muda semak hukum syarak sebelum ikut trend media sosial
September 8, 2026, 1:30 pm
INTERPOL UK cari Yusoff Rawther untuk serah notis rayuan pendakwaan
September 8, 2026, 1:26 pm
UiTM terus beri bantuan kepada keluarga Fadhlan Fakhry
September 8, 2026, 12:58 pm
