TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga emas, anak OKU kena langgar motosikal masa lintas jalan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER - Nasib malang menimpa seorang warga emas bersama anak Orang Upaya (OKU) apabila mereka menjadi mangsa rempuhan sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan di hadapan sebuah premis perniagaan, baru-baru ini.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 37 saat yang tular di media sosial, warga emas berkenaan dilihat memegang tangan anaknya sambil berhati-hati melangkah melintas jalan yang dipenuhi kereta.

Namun, sebuah motosikal yang ditunggang secara laju tiba-tiba merempuh ke arah kedua-dua mangsa.

Impak rempuhan keras itu menyebabkan warga emas dan anak OKU tersebut jatuh terhempas di atas jalan. 

Penunggang motosikal berkenaan juga dilihat hilang kawalan dan terjatuh akibat perlanggaran tersebut.

Orang ramai yang berada di sekitar kawasan kejadian kemudiannya bergegas menghampiri kedua-dua mangsa untuk menghulurkan bantuan awal.

+ - reset