TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tengku Razaleigh syorkan UMNO, PAS bersatu semula serta alu-alukan kepulangan bekas ahli

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 September – Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa UMNO dan PAS perlu kembali bekerjasama dalam arena politik bagi membentuk sebuah keluarga besar yang kukuh.

Beliau yang mesra disapa Ku Li menyifatkan kehadiran pimpinan utama PAS ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini sebagai permulaan positif ke arah penyatuan berkenaan.

Kenyataan terbabit menyusul selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat keterbukaan Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama politik bersama pihak yang dikaitkan dengan gabungan terbabit.

Sesi pembukaan perhimpunan tahunan berkenaan turut diserikan dengan kehadiran delegasi PAS yang dipimpin oleh Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad bersama Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Gua Musang berkenaan turut menyeru bekas ahli serta pemimpin yang pernah meninggalkan UMNO supaya kembali menyertai parti demi memperkasakan perjuangan.

Tengku Razaleigh menegaskan bahawa penyatuan semula tenaga serta pemikiran pelbagai generasi amat diperlukan bagi membolehkan UMNO memikul tanggungjawab serta menyelesaikan isu rakyat secara berkesan.

+ - reset