TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan setuju tambah nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras semangat MA63

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU, 11 September – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen bagi Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pelaksanaan langkah terbabit akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peningkatan penyertaan wakil rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan dasar mengenai penambahan nisbah kerusi terbabit telah dipersetujui pada prinsipnya dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.

Kenyataan terbabit disuarakan oleh beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Anwar menambah bahawa perincian serta mekanisme jumlah penambahan kerusi perlu dibincangkan lanjut bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan belum pasti sama ada sempat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

Selain isu perwakilan Parlimen, mesyuarat berkenaan turut bersetuju mempercepat fasa kedua proses Borneonisasi perkhidmatan awam Persekutuan merangkumi pelantikan anak tempatan Sabah dan Sarawak ke jawatan utama.

+ - reset