Berita Berita
Fadhlina nafi semua murid wajib dapat TP3, penilaian perlu ikut penguasaan, bukti pembelajaran setiap murid
KUALA LUMPUR 11 Sept – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan tiada ketetapan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mewajibkan semua murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3).
Sebaliknya, beliau berkata, tahap penguasaan seseorang murid perlu dilaporkan berdasarkan pembelajaran serta bukti yang ada, termasuk sekiranya murid berkenaan hanya berada pada TP1 atau TP2.
“Tidak ada ketetapan bahawa semua murid mesti mendapat sekurang-kurangnya TP3. Kalau berdasarkan pembelajaran dan bukti yang ada seorang murid berada pada TP1 atau TP2, maka itulah yang perlu dilaporkan. Yang lebih penting ialah apa yang berlaku selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Fadhlina berkata, apabila seseorang murid masih belum menguasai sesuatu perkara, tumpuan perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti kelemahan mereka serta kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid berkenaan.
Menurutnya, guru juga perlu mengetahui sebab seseorang murid diberikan tahap penguasaan rendah dan mempunyai bukti bagi menyokong penilaian tersebut.
“Kalau murid belum menguasai sesuatu, kita perlu tahu apa yang belum dikuasainya dan bagaimana kita boleh membantunya.
“Sebab itu kalau seorang murid mendapat TP rendah, guru perlu tahu kenapa dan ada bukti yang menyokong penilaian tersebut. Bukan sekadar rasa-rasa,” katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan sebarang arahan daripada pentadbir sekolah supaya guru menaikkan TP seseorang murid tanpa mempunyai bukti adalah salah.
Beliau meminta guru yang berdepan situasi sedemikian supaya melaporkannya.
“Kalau memang ada pentadbir yang mengarahkan guru menaikkan TP tanpa bukti, laporkan. Itu salah.
“Tetapi kita juga perlu membezakan antara masalah pelaksanaan di sesuatu tempat dengan dasar PBD untuk seluruh negara,” katanya.
Menurut Fadhlina, pelbagai isu berkaitan pendidikan dibincangkan sejak kebelakangan ini dan penjelasan perlu diberikan supaya persepsi mengenai sesuatu perkara tidak terus dianggap sebagai fakta.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 5:32 pm
30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak, ada yang jadi PATI, scam rakyat sendiri
September 11, 2026, 5:16 pm
Penceramah bebas, Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
September 11, 2026, 4:19 pm
PRN Melaka: Ab Rauf beri rakyat pilih siapa bakal jadi 'rakan' BN
September 11, 2026, 4:05 pm
Kehadiran pimpinan PAS ke PAU 2026 pelengkap kerjasama politik penyatuan ummah
September 11, 2026, 3:58 pm
Selangor umum 26 Oktober cuti gantian sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin
September 11, 2026, 3:52 pm
Kerajaan setuju tambah nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras semangat MA63
September 11, 2026, 3:46 pm
Asyraf Wajdi tegaskan UMNO tidak gentar pertahankan penyatuan ummah bersama PAS
September 11, 2026, 3:35 pm
