Berita Berita
Kehadiran pimpinan PAS ke PAU 2026 pelengkap kerjasama politik penyatuan ummah
KUALA LUMPUR, 11 September – Kehadiran pimpinan tertinggi PAS ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hari ini dilihat sebagai pengukuh kepada kerjasama politik tanah air khusus bagi menguatkan agenda penyatuan ummah.
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad mengesahkan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada ahli di peringkat akar umbi untuk mula meneroka hubungan kerjasama rapat bersama ahli UMNO.
Kenyataan terbabit disuarakan oleh beliau kepada media selepas mendengar Ucapan Dasar Presiden bersempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Idris hadir bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari serta Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.
Beliau menjelaskan bahawa kehadiran delegasi PAS merupakan kunjungan balas atas pimpinan UMNO yang hadir pada penganjuran Muktamar PAS minggu lalu.
Idris turut menegaskan bahawa ikhtiar penyatuan terbabit amat signifikan memandangkan kestabilan teras politik Malaysia bertumpu kepada perpaduan kaum Melayu.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 5:32 pm
30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak, ada yang jadi PATI, scam rakyat sendiri
September 11, 2026, 5:16 pm
Penceramah bebas, Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
September 11, 2026, 4:53 pm
Fadhlina nafi semua murid wajib dapat TP3, penilaian perlu ikut penguasaan, bukti pembelajaran setiap murid
September 11, 2026, 4:19 pm
PRN Melaka: Ab Rauf beri rakyat pilih siapa bakal jadi 'rakan' BN
September 11, 2026, 3:58 pm
Selangor umum 26 Oktober cuti gantian sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin
September 11, 2026, 3:52 pm
Kerajaan setuju tambah nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras semangat MA63
September 11, 2026, 3:46 pm
Asyraf Wajdi tegaskan UMNO tidak gentar pertahankan penyatuan ummah bersama PAS
September 11, 2026, 3:35 pm
