Berita Berita
Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu kandung, mayat ditemukan dengan kesan senjata tajam
TAMBUNAN 12 Sept – Seorang wanita berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan dipercayai akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan di sini, petang semalam.
Susulan penemuan mayat mangsa kira-kira jam 2 petang itu, polis melancarkan gerakan mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga anak kandung mangsa kerana disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek kemudiannya berjaya dikesan sebelum ditahan penduduk di Kampung Sukung.
"Penduduk kampung membawa suspek menggunakan kenderaan mereka ke Balai Polis Tambunan sebelum tangkapan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
"Pasukan penyiasat dan forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai berkaitan kejadian," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serta kronologi penuh kejadian," katanya.
Berita berkaitan
September 12, 2026, 9:02 pm
UMNO cabar kerajaan keluarkan BN, sedia hadap undi tak percaya
September 12, 2026, 8:16 pm
'InsyaAllah, 2027 UMNO-BN berkuasa semula’ – Zahid
September 12, 2026, 4:30 pm
'Nak ganti ‘guru’, tunjuk dulu keputusan peperiksaan' - Aiman Athirah sindir Zahid Hamidi
September 12, 2026, 4:23 pm
Gempa 6.5 gegar Jakarta, rakyat Malaysia dinasihat kekal tenang
September 12, 2026, 3:43 pm
'Bukan wang Tabung Haji' - Peguam jawab dakwaan RM193.5 juta dikaitkan dengan keluarga Abdul Azeez
September 11, 2026, 10:39 pm
'Alhamdullilah 'Guru' dah selamat tiba di New Delhi, bawa nama Malaysia ke Sidang Kemuncak BRICS Ke-18' - Anwar
September 11, 2026, 5:32 pm
