Berita Berita
‘Selepas DUN bubar, baru saya tentukan rumah perjuangan’ – Nurul Syazwani hadir PAU 2026 sebagai ahli Bersatu curi perhatian
KUALA LUMPUR 12 Sept - Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mencuri perhatian, namun beliau belum membuat keputusan sama ada akan mengikut jejak bapanya, Tan Sri Noh Omar untuk kembali ke ‘rumah’ UMNO.
Nurul Syazwani yang masih merupakan ahli Bersatu berkata, keputusan mengenai ‘rumah perjuangan’ politiknya hanya akan ditentukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan.
Beliau menegaskan, buat masa ini mandat yang diberikan rakyat kepadanya sebagai ADUN Permatang perlu terus dihormati.
“Saya menghormati gagasan Rumah Bangsa yang diilhamkan Presiden Umno, Zahid Hamidi. Saya melihat keterbukaan beliau sebagai jiwa besar seorang pemimpin yang mahu menyatukan orang Melayu.
“Buat masa ini, saya menghormati mandat rakyat sebagai Adun Permatang dan masih ahli Bersatu. Selepas DUN dibubarkan, barulah saya boleh tentukan rumah perjuangan saya. Kadang-kadang kita perlu pergi jauh untuk tahu di mana rumah kita,” katanya kepada FMT.
Nurul Syazwani bagaimanapun berkata, kehadirannya pada PAU kali ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai keputusan muktamad mengenai kedudukan atau hala tuju politiknya.
Beliau yang hadir dengan mengenakan pakaian menyerupai busana Wanita UMNO turut menarik perhatian perwakilan ketika parti itu giat mengetengahkan gagasan Rumah Bangsa.
Gagasan berkenaan diperkenalkan sebagai usaha menyatukan orang Melayu, selain membuka ruang kepada mereka yang mahu kembali bersama UMNO.
Nurul Syazwani memenangi kerusi DUN Permatang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023 atas tiket Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Bapanya, Noh yang juga veteran UMNO dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pula mengumumkan kembali ke pangkuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Jun lalu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.
Sumber: FMT
Berita berkaitan
September 12, 2026, 9:02 pm
UMNO cabar kerajaan keluarkan BN, sedia hadap undi tak percaya
September 12, 2026, 8:16 pm
'InsyaAllah, 2027 UMNO-BN berkuasa semula’ – Zahid
September 12, 2026, 4:30 pm
'Nak ganti ‘guru’, tunjuk dulu keputusan peperiksaan' - Aiman Athirah sindir Zahid Hamidi
September 12, 2026, 4:23 pm
Gempa 6.5 gegar Jakarta, rakyat Malaysia dinasihat kekal tenang
September 12, 2026, 3:43 pm
'Bukan wang Tabung Haji' - Peguam jawab dakwaan RM193.5 juta dikaitkan dengan keluarga Abdul Azeez
September 12, 2026, 12:46 pm
Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu kandung, mayat ditemukan dengan kesan senjata tajam
September 11, 2026, 10:39 pm
'Alhamdullilah 'Guru' dah selamat tiba di New Delhi, bawa nama Malaysia ke Sidang Kemuncak BRICS Ke-18' - Anwar
September 11, 2026, 5:32 pm
