Berita Berita
Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha 'Amazon' di Empangan Klau
KUANTAN 14 Sept - Dakwaan seekor piranha perut merah berjaya dipancing di Empangan Klau, Raub mencetuskan tanda tanya mengenai kemungkinan spesies pemangsa invasif dari Amerika Selatan itu berada di perairan berkenaan.
Susulan dakwaan tersebut, Jabatan Perikanan Pahang akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan sama ada ikan yang dikatakan berjaya didaratkan seorang pemancing itu benar-benar spesies piranha perut merah atau Pygocentrus nattereri.
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Roslan Abu Hasan berkata, pihaknya sudah menggerakkan anggota ke Empangan Klau bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penemuan tersebut.
“Dakwaan ini mungkin betul atau mungkin ia tidak tepat, tetapi kita akan buat siasatan mengenai perkara ini esok.
“Saya sudah gerakkan anggota ke sana (Empangan Klau) bagi mengumpul maklumat lanjut serta mengesahkan penemuan ikan larangan di negara ini,” katanya pada Ahad.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang menggesa orang ramai supaya berwaspada susulan dakwaan penemuan spesimen ikan pemangsa oleh seorang pemancing tempatan di kawasan empangan berkenaan.
Piranha merupakan spesies ikan pemangsa yang lazimnya ditemui di Lembangan Sungai Amazon, Amerika Selatan.
Hantaran berkenaan turut mendakwa spesimen yang ditemukan itu berbeza dengan piranha perut merah, iaitu spesies yang pernah dilaporkan ditemui di perairan berkenaan sebelum ini.
Dakwaan terbaharu itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kesannya terhadap ekosistem air tawar sekiranya spesies invasif berkenaan disahkan berada di Empangan Klau.
Mengulas lanjut, Roslan berkata, pihaknya akan meneliti hasil siasatan terlebih dahulu sebelum menentukan langkah seterusnya bagi menangani perkara tersebut.
“Kami akan teliti perkara ini dan tindakan mitigasi akan diambil,” ujarnya.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:45 am
Jamil Khir hadap tiga pertuduhan babit pelupusan aset TH lebih RM860 juta
September 13, 2026, 10:04 pm
