Berita Berita
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
KUALA LUMPUR, 14 September – Kesemua kru operasi aktif AirAsia Malaysia dan AirAsia X Malaysia mengesahkan keputusan negatif dadah susulan saringan kesihatan serta keselamatan yang dijalankan oleh pihak syarikat.
AirAsia Group dalam kenyataan media memaklumkan bahawa ujian berkenaan melibatkan seluruh juruterbang dan kru kabin yang berkhidmat di bawah kedua-dua syarikat penerbangan terbabit.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kapten Suresh Bangah menegaskan bahawa syarikat mengenakan syarat kesihatan yang ketat dan tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dadah.
Beliau menjelaskan bahawa ujian berkala itu dilaksanakan bagi memastikan setiap kru berada pada tahap kecekapan maksimum untuk melaksana tugasan secara profesional serta selamat.
Syarikat penerbangan berkenaan turut memberi jaminan akan terus mengekalkan piawaian keselamatan tinggi selaras dengan syarat kawal selia dan amalan terbaik industri aviation.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:45 am
