Berita Berita
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
KUALA LUMPUR, 14 September – Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa pada 9 September 2026.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pelantikan terbabit mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
Abdul Aziz yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 1995 memegang kelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sepanjang perkhidmatannya, beliau berpengalaman luas berkhidmat di pelbagai portfolio strategik termasuk Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Saifuddin menzahirkan keyakinan bahawa kepakaran serta daya kepimpinan tinggi yang dimiliki Abdul Aziz berupaya memperkasakan kewibawaan PDRM dalam menggalas amanah keselamatan negara.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:45 am
