Berita Berita
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
GEORGETOWN 4 Sept – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mendesak Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menggugurkan parti itu daripada kerajaan negeri jika benar-benar mahu menguji kedudukan UMNO dalam kerjasama politik sedia ada.
Cabaran itu dibuat susulan kenyataan Ahmad Zahid baru-baru ini yang mencabar kerajaan campuran diterajui PH supaya menyingkirkan UMNO daripada Kerajaan Persekutuan.
Menurut Guan Eng, Ahmad Zahid sepatutnya berani membuat cabaran sama terhadap kerajaan PH di Pulau Pinang.
"Kenapa Zahid tidak berani mencabar PH Pulau Pinang untuk menggugurkan UMNO daripada kerajaan negeri Pulau Pinang?" katanya hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, UMNO ketika ini mempunyai wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang, dua majlis bandaraya serta syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, PH masih mampu mengekalkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang walaupun tanpa dua wakil rakyat UMNO yang dipilih.
Beliau turut mendakwa UMNO mengambil kesempatan daripada apa yang disifatkannya sebagai sikap teragak-agak kepemimpinan PH Pulau Pinang berhubung peranan parti itu dalam kerajaan negeri, ketika pada masa sama bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
"Penyokong PH sedar bahawa UMNO dan PAS akan terus mengamalkan politik ekstrim serta retorik yang memecah-belahkan PH demi meraih kuasa walau apa jua cara," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi mendapatkan mandat baharu atau secara rasmi mengeluarkan parti itu daripada gabungan berkenaan.
Ahmad Zahid dilaporkan berkata, tuntutan tersebut dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi kekal sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:45 am
