Berita Berita
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
JOHOR BAHRU 14 Sept - Ancaman bom yang dihantar menerusi e-mel kepada pihak pengurusan pusat beli-belah Mid Valley Southkey di sini, lewat malam tadi, disahkan palsu selepas polis menjalankan pemeriksaan keselamatan di premis berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata polis menerima maklumat daripada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan mengenai ancaman melalui e-mel itu pada jam 11.31 malam.
Beliau berkata, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan bantuan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan segera digerakkan ke pusat beli-belah berkenaan.
"Pemeriksaan keselamatan dijalankan di dalam serta luar bangunan dengan kerjasama pasukan keselamatan premis.
"Beberapa objek mencurigakan ditemui dan diperiksa pasukan UPB, namun didapati tidak mengandungi sebarang bahan letupan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahaman berkata, tiada ancaman bom dikesan dan kawasan yang terjejas kemudiannya disahkan selamat sepenuhnya.
Beliau berkata, polis memandang serius semua ancaman berkaitan bahan letupan dan akan mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan orang awam.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian hendaklah dirujuk kepada pihak polis bagi mengesahkan kesahihannya dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang awam," katanya.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:45 am
