Berita Berita
Jamil Khir hadap tiga pertuduhan babit pelupusan aset TH lebih RM860 juta
KUALA LUMPUR 14 Sept – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan pelupusan aset Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai keseluruhan lebih RM860.3 juta.
Jamil Khir, 65, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad.
Mengikut pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Jerai itu didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM860,308,770.51, bersamaan SAR766,062,237, kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd antara 2015 hingga 2017.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM42,942,074, bersamaan SAR44.17 juta.
Pertuduhan kedua pula membabitkan RM288,172,134.64, bersamaan SAR250,041,622, manakala pertuduhan ketiga melibatkan RM529,194,561.87, bersamaan SAR471,848,615.
Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di pejabatnya di Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kompleks Islam Putrajaya, masing-masing pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Jamil Khir hadir di kandang tertuduh dengan memakai sut hitam.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:12 am
Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha 'Amazon' di Empangan Klau
September 13, 2026, 10:04 pm
