Berita Berita
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER -Perkongsian isteri kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq, Izzati Syamimi, di platform Threads awal pagi semalam mencetuskan rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial selepas jenazah suaminya selamat tiba dan disemadikan semalam.
Menerusi hantaran berkenaan, Izzati meluahkan rasa terharu melihat gelagat anak kedua mereka yang seolah-olah menyedari keberadaan bapanya. Video yang dikongsikan memaparkan kanak-kanak itu mengetuk-ngetuk keranda serta menyelak kain penutupnya dengan penuh keterujaan.
“Dia sangat teruja! Saya tahu dia tahu itu ayahnya,” tulis Izzati menerusi hantaran ringkas itu, sambil turut menyifatkan anak-anak mereka sangat kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.
Sebelum ini, Allahyarham Kapten Zainol Afiq dilaporkan terkorban bersama empat lagi mangsa dalam nahas helikopter di berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang pada Selasa lalu. Insiden tragis itu turut mengorbankan pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, jururawat Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40, serta pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31.
Arwah yang merupakan juruterbang helikopter berkenaan pernah menjadi perhatian sebelum ini atas pengalamannya menerbangkan pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang pada jam 6.04 petang semalam. Majlis pengebumian itu didahului dengan solat jenazah di Masjid Bandar Baru Senawang selepas solat Asar, yang diimamkan sendiri oleh bapa Allahyarham, Bee Sham Ahmad, serta turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
