TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 14 September – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengatur gerak aset udara bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) serta pemindahan perubatan kecemasan di kawasan pedalaman.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman mengesahkan kesediaan itu bagi menampung kehendak kritikal susulan insiden terhempasnya helikopter FDS di Miri, Sarawak pada Selasa lalu.

Beliau menjelaskan bahawa ATM memiliki kelengkapan helikopter yang mencukupi untuk memenuhi keperluan KKM bagi memastikan liputan perkhidmatan perubatan rakyat di pedalaman tidak terjejas.

Kenyataan terbabit disampaikan oleh beliau bersempena Sesi Temubual Khas PAT sempena Hari ATM Ke-93 yang berlangsung di Wisma Pertahanan hari ini.

Kementerian Kesihatan terdahulu memaklumkan kerjasama penerbangan ihsan sementara turut melibatkan koordinasi daripada Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tragedi helikopter BO-105 yang terhempas dan terbakar di Long Lellang minggu lalu mengorbankan lima nyawa merangkumi juruterbang serta empat petugas perubatan KKM.

+ - reset