Berita Berita
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 14 September – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya berani menyusulkan cadangan penyingkiran UMNO daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Guan Eng menyuarakan cabaran berkenaan susulan tindakan Ahmad Zahid yang secara terbuka mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyingkirkan UMNO daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu mempertikaikan keengganan Ahmad Zahid membuat gesaan sama di Pulau Pinang walaupun UMNO ketika ini memegang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau turut mempersoalkan sama ada Timbalan Perdana Menteri itu bimbang memandangkan pentadbiran PH Pulau Pinang masih mengekalkan majoriti dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun tanpa sokongan dua wakil rakyat UMNO.
Guan Eng dalam masa sama mendesak Kerajaan Pulau Pinang menangguhkan sebarang kenaikan tarif air, cukai tanah serta kadar parkir bagi memulihkan keyakinan rakyat dan mengekang kebangkitan politik oportunis.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
