TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tersentuh penumpang sambut 'birthday' bersendirian, pemandu e-hailing belanja tambang raih pujian ramai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER – Keperihatinan dan sifat pemurah seorang pemandu e-hailing wanita menyentuh hati orang ramai selepas tular satu rakaman video menunjukkan detik-detik menyentuh perasaan bersama seorang penumpangnya.

Menerusi video berdurasi satu minit yang tular di media sosial, penumpang wanita yang dikenali sebagai Diana menyerahkan beg plastik mengandungi makanan dan minuman McDonald's kepada pemandu berkenaan sebaik sahaja tiba di destinasi.

Setibanya di lokasi, Diana memaklumkan bahawa hari berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahirannya. 

Malah, dia turut mendedahkan bahawa dia kini hidup bersendirian tanpa rakan-rakan di kawasan berkenaan selain kedua-dua ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Disebabkan tiada sesiapa untuk meraikan hari bahagianya, Diana mengambil keputusan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya dengan memberi dan berkongsi makanan tersebut bersama pemandu e-hailing berkenaan.

Tersentuh dengan kejujuran dan kisah sedih penumpang itu, pemandu wanita berkenaan tidak dapat menahan rasa sebak dan simpati. 

Sambil memuji kebaikan penumpang tersebut, dia yang mengaku seorang yang sensitif turut menegaskan bahawa sepatutnya dialah yang memberi hadiah pada hari lahir penumpang berkenaan.

Sebagai tanda membalas budi dan mendoakan kebahagiaan penumpang itu, pemandu berkenaan bertindak membelanja serta membiayai sepenuhnya tambang perjalanan (trip) tersebut. 
Pemandu itu turut mengucapkan selamat hari lahir serta memberikan kata-kata semangat sebelum penumpang berkenaan keluar dari kenderaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap kedua-dua wanita berkenaan yang saling melengkapi dan menyebarkan kebaikan sesama manusia.

"Terima kasih orang baik, reaksi pemandu Grab buat ramai tersentuh. Ni baru betul rakyat Malaysia," puji seorang pengguna media sosial.

+ - reset