Berita Viral
Kunci motosikal lelaki warga asing dirampas, dibuang 'rider' penghantar makanan
KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER – Tindakan berani seorang penghantar makanan merampas dan membuang kunci motosikal milik seorang lelaki warga Rohingya yang memandu motosikal roda tiga di sebuah persimpangan lampu isyarat tular dalam satu rakaman video baru-baru ini.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada 15 September itu memaparkan lelaki Rohingya berkenaan yang menunggang motosikal tiga roda sarat dengan barangan besi dan kotak kitar semula berhenti bersebelahan penunggang pusingan penghantar makanan berkenaan.
Penunggang motosikal penghantar makanan itu dilihat secara tiba-tiba mencabut kunci motosikal roda tiga tersebut sebelum membuangnya ke kawasan berhampiran.
Lelaki warga asing yang memakai topi keledar merah itu dilihat terpinga-pinga dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila enjin motosikalnya terhenti serta-merta selepas kunci kenderaannya dilarikan.
Penunggang penghantar makanan tersebut kemudian terus berlalu pergi meninggalkan lokasi kejadian.
Isu penggunaan motosikal roda tiga secara haram oleh warga asing terutamanya etnik Rohingya telah lama menjadi pertikaian dan keresahan awam kerana kebanyakan daripada mereka menunggang tanpa lesen memandu sah serta tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan tegas penunggang pusingan penghantar makanan itu dalam membendung kebanjiran penunggang warga asing yang beroperasi tanpa mengikut undang-undang negara.
Berita berkaitan
September 18, 2026, 3:57 pm
'Lari macam Usain Bolt', pemandu nyaris jadi mangsa rompak awang hitam
September 18, 2026, 3:01 pm
'Tumbuh bagai cendawan', sekolah etnik Rohingya kini penuhi kawasan perumahan kos rendah?
September 18, 2026, 11:53 am
Isu gambar MyKad, netizen dakwa JPN pilih kasih antara artis, rakyat biasa
September 18, 2026, 10:47 am
Sayu 'rider' penghantar makanan warga emas bongkok gagah cari rezeki demi dapur rumah
September 17, 2026, 7:11 pm
Penunggang motosikal khusyuk tengok kemalangan sampai langgar punggung orang
September 17, 2026, 12:27 pm
Potong di laluan 'double line', kereta konvoi nyaris penyebab kemalangan jalan raya
September 17, 2026, 11:49 am
'Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren', lelaki 'ajar' staf KTM kurang ajar dengan warga emas
September 17, 2026, 11:40 am
Tersentuh penumpang sambut 'birthday' bersendirian, pemandu e-hailing belanja tambang raih pujian ramai
September 17, 2026, 11:19 am
