Berita Berita
Anwar akan jumpa Loke bincang peletakan jawatan
SHAH ALAM 20 SEPTEMBER - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi membincangkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Anwar berkata, Loke sudah memaklumkan perkara itu kepadanya, namun mereka belum berkesempatan untuk membincangkannya dengan lebih lanjut.
“Dia sudah maklumkan kepada saya, tetapi saya belum sempat bincang apa-apa lagi. Saya perlu dengar pandangan dia.
“Saya faham kerana dia seorang yang berprinsip dan secara konsisten bantah peraturan yang boleh memberi gambaran seolah kita lemah atau longgar terhadap rasuah, terutama apabila kita ambil tindakan yang banyak yang lain, termasuk mereka yang terlibat dalam rasuah kecil.
“Jadi, lebih baik saya jumpa dia, dengar pandangan dia dan kemudian buat keputusan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di sini, hari ini.
Ditanya bila pertemuan itu akan diadakan, Anwar berkata beliau akan bertemu Loke selepas pemimpin DAP itu pulang dari Shanghai, China.
Semalam, Loke mengumumkan hasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai respons DAP terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Peletakan jawatan itu hanya melibatkan Loke, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP kekal dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan politik terus terjamin.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib, yang membolehkannya menjalani baki hukuman bagi kes SRC International secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Berita berkaitan
September 20, 2026, 11:06 pm
Kor Ming nak letak jawatan juga sebenarnya tapi Loke pujuk supaya kekal
September 20, 2026, 4:17 pm
‘Sepatutnya Zahid yang letak jawatan, bukan Anthony Loke’ - DAP Johor
September 20, 2026, 2:55 pm
Port Dickson masuk kategori tidak sihat, Lembah Klang catat peningkatan bacaan IPU
September 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki maut tersepit dalam kereta terbabit nahas di Sibu
September 20, 2026, 11:57 am
'Senang boleh cari kerja untuk diri, anak-anak sekali' – MYFutureJobs jadi tumpuan di Festival Mega iLINDUNGu
September 20, 2026, 2:30 am
