TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Melaka: 'Kalau tak minat, beritahu saja’ – Amirudin tunggu jawapan BN soal kerjasama dengan PH

By
|
Kongsi
image

 

MASJID TANAH 21 Sept – Pakatan Harapan (PH) tidak akan menunggu Barisan Nasional (BN) terlalu lama untuk menentukan hala tuju kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gabungan itu tidak mempunyai masalah sekiranya BN memilih untuk tidak bekerjasama, namun mahu pendirian berkenaan dinyatakan dengan jelas supaya persiapan pilihan raya dapat diteruskan.

"Setakat ini tidak ada lagi ura-ura mereka (kerjasama), bila nak sampai bubar (DUN) saya tak pasti, tapi mungkin mereka tak minat.

"Jadi kita tiada masalah kalau tak minat, bagi tahu saja kita teruskan (kerjasama tanpa BN)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Jentera Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor turut mempersoalkan hala tuju BN selepas gabungan itu sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kemungkinan kerjasama politik menjelang PRN berkenaan.

"Mulanya dia kata macam nak pergi solo, kemudian dia kata nak pergi dengan PAS, lepas itu boleh pula nak pergi dengan PH.

"Jadi, itu mungkin untuk mengaburi pihak lawan dan kawan," katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, PH bersedia berdepan pelbagai kemungkinan termasuk bertanding secara solo, membentuk jajaran baharu atau bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Bagaimanapun, katanya, PH tidak akan hanya menunggu perkembangan rundingan sebelum menggerakkan persiapan menghadapi pilihan raya.

Sebaliknya, gabungan itu akan terus memperkukuh jentera dan pasukan serta membuat persediaan di kawasan yang dikenal pasti untuk ditandingi.

+ - reset