TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu Wira pandu melulu himpit Axia hingga kemalangan ditahan polis di Puchong

By
|
Kongsi
image

NILAI, 21 September – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemandu kereta jenis Proton Wira berusia 35 tahun yang dirakam memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengundang kemalangan di Kilometer 278.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya mengesahkan bahawa suspek yang bekerja sebagai penghantar barang terbabit ditangkap di kediamannya yang terletak di Puchong, Selangor kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Penahanan suspek dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai susulan tindakan memburu berpandukan rakaman video kejadian melibatkan kenderaannya dan sebuah Perodua Axia yang tular serta mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Hasil semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta memegang lesen memandu yang masih aktif, namun kenderaan yang dipandunya itu dikesan mempunyai cukai jalan serta perlindungan insurans yang telah tamat tempoh sejak Mei lalu selain didaftarkan atas nama individu lain.

Pihak polis kini mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan telah membawa suspek ke Mahkamah Majistret Seremban bagi mendapatkan perintah reman untuk melengkapkan siasatan berhubung insiden yang menyaksikan Perodua Axia terbabit berpusing serta terbabas ke bahu jalan.

+ - reset