TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Wanita syukur dapat video kemalangan ahli keluarga di Penchala Link

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER – Seorang wanita meluahkan rasa syukur dan lega selepas berjaya memperoleh rekod rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berhubung insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan bapa mertuanya. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku di laluan Penchala Link.   

Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh pengguna akaun @tyara.yusliyana, beliau menyatakan bahawa rakaman video berkenaan diperolehi hasil bantuan orang ramai sejurus selepas hantaran mengenai insiden itu dimuat naik.   

Dalam hantaran tersebut, beliau melahirkan penghargaan kepada pengguna jalan raya yang prihatin kerana sudi tampil memberikan bukti penting itu bagi membantu menjelaskan kronologi sebenar insiden tersebut. 

Rakaman yang diterima memaparkan keadaan di tempat kejadian dengan jelas.   

"Alhamdulillah, terima kasih orang baik. Anda boleh melihat dengan sangat jelas di sini bagaimana ia berlaku. Semoga keadilan tertegak!" katanya.   

Rakaman video dikongsi memaparkan situasi di lebuh raya berkenaan di mana kelihatan kenderaan mengalami kerosakan serta serpihan komponen terabur di atas jalan raya akibat rempuhan. 

Kehadiran rakaman dashcam berkenaan diharapkan dapat membantu pihak berkuasa dalam urusan siasatan serta proses tuntutan susulan.

+ - reset