Berita Viral
Tular penjaga zoo Jepun 'baling' makanan, netizen sebak lihat nasib Dara, Amoi
KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER — Sembilan bulan selepas dihantar ke Jepun sebagai simbol persahabatan, keadaan dua ekor gajah Asia dari Malaysia, Dara dan Amoi, kini mencetuskan rasa simpati dan amarah orang ramai.
Tular satu video di TikTok yang memaparkan situasi mengecewakan membabitkan gajah-gajah itu ketika waktu pemberian makanan di Zoo Tennoji, Osaka.
Menerusi rakaman berdurasi 41 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, kelihatan penjaga zoo melempar ketulan makanan ke arah gajah berkenaan secara kasar dari luar kurungan.
Bukan sahaja kaedah pemberian makanan itu dinilai tidak sopan, malah jumlah makanan yang diberikan dilihat sangat sedikit seolah-olah dicatu, manakala fizikal mamalia berkenaan kelihatan semakin susut.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian pengguna akaun Elhaurafathiaaa yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan tahap keperihatinan pihak pengurusan zoo berkenaan terhadap haiwan tajaan Malaysia itu.
"Bagi makan apa macam ni? Korang lah sanjung sangat orang Jepun ni. Korang tengok, ini ke kononnya bangsa yang terpaling sopan santun tu? Dah nampak tulang dah gajah-gajah kita yang dihantar dekat sana. Apa nihhhh. Tolong lindungi mereka Ya Allah," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyatakan kebimbangan terhadap kebajikan Dara dan Amoi, selain mendesak pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta kementerian berkaitan memantau keadaan kedua-dua gajah itu dengan kadar segera.
Terdahulu, Dara dan Amoi dipindahkan ke Jepun dalam usaha program pemuliharaan dan pertukaran haiwan antarabangsa bagi merapatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
Penunggang motosikal berang sebab pemandu tak nak 'tap' TnG untuk beri laluan
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 8:08 pm
