TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera

By
|
Kongsi
image

KAJANG 23 SEPTEMBER – Ketenangan penduduk di Taman Puncak Jalil, Fasa 7 di sini terganggu berikutan kehadiran sekumpulan anjing liar yang berkeliaran dan membanjiri kawasan jalan raya utama berhampiran kediaman serta premis perniagaan.

Masalah berkenaan menimbulkan gangguan ketenteraman dan kebimbangan berterusan dalam kalangan penduduk, khususnya terhadap keselamatan anak-anak yang perlu berulang-alik ke sekolah pada setiap hari.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, Tunfatimahtunali95, kawanan anjing itu dilihat bergerak dalam jumlah yang besar sehingga memenuhi laluan jalan raya dan kawasan pembahagi jalan.

Menurutnya, aduan rasmi mengenai kehadiran haiwan liar itu telah dipajukan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). 

Namun begitu, dakwanya, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan susulan atau operasi penangkapan yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Penduduk mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan agar turun padang secara bersasar bagi menangani isu ini dengan segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini seperti serangan atau gigitan haiwan menimpa penduduk tempatan, terutamanya golongan kanak-kanak dan pejalan kaki. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di FacebookInstagramTikTokThreads dan Youtube

+ - reset