Berita Berita
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan Menteri Pengangkutan, bakal serah surat kepada PM
HANGZHOU, 23 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau kekal berpendirian teguh dengan keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Ahli Parlimen Seremban itu memaklumkan bahawa surat peletakan jawatannya akan diserahkan secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air dari China.
Kenyataan ringkas berkenaan disampaikan oleh Anthony Loke kepada pengamal media sejurus tiba di bandar Hangzhou hari ini.
Beliau kini berada di negara tembok besar berkenaan bagi mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan rasmi kerajaan China.
Hasrat peletakan jawatan terbabit disuarakan Loke susulan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP pada Sabtu lalu, sebagai tindak balas terhadap keputusan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa menteri-menteri serta timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal berada dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan demi kelangsungan pentadbiran negara.
Sementara itu, Perdana Menteri semasa ditemui pihak media dalam perjalanan menaiki kereta api laju dari Shanghai ke Hangzhou memaklumkan bahawa beliau tidak akan tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berhubung hasrat peletakan jawatan Loke.
Anwar menegaskan bahawa beliau mahu mendengar terlebih dahulu penjelasan terperinci dan pandangan secara bersemuka daripada Setiausaha Agung DAP berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
Perdana Menteri turut menambah bahawa DAP tidak sepatutnya tunduk kepada desakan serta gertakan sesetengah pihak yang didakwanya mempunyai kepentingan politik tertentu supaya parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 8:36 pm
Pelajar Tingkatan Dua 'kantoi' curi wang kantin sekolah RM749
September 23, 2026, 8:29 pm
Pekerja landskap terkejut jumpa bom lama berkarat di Taman Rekreasi Mahawangsa
September 23, 2026, 8:26 pm
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen
September 23, 2026, 4:30 pm
MBSA sita struktur kuil tanpa kebenaran berhampiran Pangsapuri Okid
September 23, 2026, 4:03 pm
‘Kenapa dia nak keluar? Dia tidak ada salah’ - Anwar pujuk Loke jangan letak jawatan
September 23, 2026, 2:49 pm
Ibu bapa bimbang anak ‘terlalu tahu’, PEERS bantu mereka faham batas - Fadhlina
September 23, 2026, 2:38 pm
Mahkamah Rayuan tolak permohonan penangguhan Rosmah bayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas
September 23, 2026, 2:29 pm
