Berita Viral
Pencuri kabel tak gerun buat kerja walau dirakam orang ramai
KUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER - Tindakan berani sekumpulan suspek mencuri kabel secara terbuka di tepi jalan pada waktu malam mencetuskan kerisauan orang ramai.
Berdasarkan perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai rudyyaya, insiden itu berlaku di hadapan matanya sendiri apabila suspek dilihat menunda dan menarik kabel panjang menggunakan sebuah kenderaan.
Kejadian itu disifatkan amat mengejutkan kerana dilakukan secara terang-terangan tanpa memikirkan kehadiran orang ramai di sekeliling.
Menurut saksi kejadian, dia yang berada di lokasi tidak berani mengambil sebarang tindakan demi keselamatan diri, sebaliknya hanya sempat merakam detik berkenaan untuk dijadikan peringatan bersama agar masyarakat lebih berwaspada.
Rakaman berdurasi pendek itu memaparkan sebuah kereta berwarna gelap sedang bergerak perlahan sambil menunda kabel yang ditarik keluar dari saluran bawah tanah di sepanjang jalan.
Kelihatan juga beberapa orang awam yang berada berhampiran cuba merakam nombor pendaftaran kenderaan terbabit bagi tujuan tindakan lanjut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan bimbang dengan peningkatan kes kecurian kabel yang semakin berani serta tidak mempedulikan undang-undang.
Orang awam turut digesa supaya sentiasa peka dengan persekitaran dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 7:24 pm
Berniaga makanan dalam tong sampah, taktik baharu warga asing elak dikesan pihak berkuasa
September 25, 2026, 4:54 pm
Kewujuduan sekolah warga Myanmar kini semakin meluas di Pudu?
September 25, 2026, 4:28 pm
'Perniagaan pendatang tak pula diserbu', netizen persoal berbelas penguatkuasa hadir sita gerai kecil
September 25, 2026, 10:42 am
Tular pelanggan bawa anjing dekat kedai mamak
September 25, 2026, 9:34 am
Warga Ampang terkejut lihat lelaki lengkap berjubah putih solat, bersilat di tengah jalan
September 24, 2026, 4:02 pm
'Kesian pula tengok', aktivis tendang jualan haram warga asing buat orang ramai berbelah bahagi
September 24, 2026, 2:36 pm
Wanita menjerit nampak 'rider' melambung di Butterworth
September 24, 2026, 11:08 am
Sudahlah larikan diri lepas langgar, kereta pula tiada 'roadtax'
September 23, 2026, 9:16 pm
