Berita Berita
Dua pelajar didakwa tekap dada rakan guna seterika hingga cedera di tahfiz
PARIT, 25 Sept. – Dua pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang rakan sekolah mereka menggunakan seterika dalam satu kejadian minggu lalu.
Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 13 dan 14 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan rasmi dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua remaja berkenaan didakwa secara bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan bahaya ke atas seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun.
Perbuatan berbahaya menggunakan seterika berkenaan didakwa dilakukan di sebuah maahad tahfiz di sini kira-kira jam 4 petang pada 19 September lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya R. Jayasri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam Nur Nadrah Badarudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang sementara menunggu proses perbicaraan seterusnya.
Majistret Nurul Izalina kemudian menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen berkaitan.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 11:03 pm
Tegur mabuk dan buat bising, anggota polis dibelasah warga Myanmar hingga cedera di kepala, badan
September 25, 2026, 10:40 pm
Malaysia tak boleh tanggung sendirian, dunia digesa kongsi beban pelarian Rohingya - Tok Mat
September 25, 2026, 7:20 pm
Penantian 36 tahun berakhir: Anwar ucap tahniah skuad sepak takraw rangkul emas Sukan Asia
September 25, 2026, 7:04 pm
Anggota tentera maut kemalangan di Lebuh Meru Raya selepas menghadiri program Qiamulail
September 25, 2026, 6:01 pm
Saravanan, isteri dan 3 anak diberi tempoh 30 hari isytihar harta - SPRM
September 25, 2026, 3:16 pm
Aminuddin desak Ismail kemuka fakta khusus dakwaan kesalahan pentadbiran lalu cetus krisis adat Negeri Sembilan
September 25, 2026, 3:11 pm
Penggantungan aktiviti PN tidak jejas persiapan BN hadapi PRN Melaka - Saravanan
September 25, 2026, 2:54 pm
SMKA Jempol jadi sekolah agama TVET pertama negara, dibina dengan kos RM98 juta
September 25, 2026, 2:44 pm
