TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Aminuddin desak Ismail kemuka fakta khusus dakwaan kesalahan pentadbiran lalu cetus krisis adat Negeri Sembilan

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN, 25 Sept. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mendesak Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menyatakan secara spesifik dakwaan kesalahan pentadbiran terdahulu yang dituduh menjadi punca kemelut adat dan institusi diraja di negeri itu.

Aminuddin menegaskan bahawa rakyat berhak mendapatkan kebenaran berfakta berhubung tindakan yang dikatakan gagal dilaksanakan sewaktu beliau memimpin kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau turut mencabar Ismail untuk memperincikan klausa khusus dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 yang didakwa telah dilanggar serta garis masa pelanggaran itu berlaku.

Kenyataan berkenaan disuarakan oleh beliau menerusi satu hantaran rasmi yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kesediaan penuh untuk bertanggungjawab ke atas setiap keputusan pentadbiran lalu dengan bersandarkan rekod rasmi, dokumen, serta peruntukan undang-undang yang sah.

Tindakan Aminuddin itu menyusul selepas Ismail mendakwa bahawa krisis politik serta institusi yang melanda Negeri Sembilan ketika ini bukannya berpunca daripada pentadbiran semasa, sebaliknya merupakan isu warisan kerajaan terdahulu.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin turut mempertikaikan tindakan Ismail menandatangani dokumen proklamasi berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan baru-baru ini.

Beliau mendedahkan bahawa dokumen proklamasi bertarikh 19 April itu pernah diserahkan kepadanya pada 20 April lalu sewaktu beliau masih menjawat jawatan Menteri Besar untuk ditandatangani mengikut Perkara 10(2) UUTKNS 1959.

Aminuddin menjelaskan bahawa beliau memilih untuk tidak menandatangani dokumen berkenaan pada ketika itu ekoran timbulnya keraguan munasabah terhadap keabsahan proses yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana Ismail yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal undang-undang boleh menandatangani dokumen yang sama tanpa menyelesaikan keraguan keatas proses berkenaan.

Beliau mengingatkan bahawa Perkara 10 UUTKNS 1959 bukan sahaja menyentuh bab bidang kuasa kedudukan Yang Dipertuan Besar, malah menetapkan tatacara ketat yang wajib dipenuhi merangkumi pelaksanaan siasatan secara menyeluruh. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset