Berita Berita
Penantian 36 tahun berakhir: Anwar ucap tahniah skuad sepak takraw rangkul emas Sukan Asia
PETALING JAYA, 25 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada skuad sepak takraw negara atas kejayaan bersejarah menamatkan penantian 36 tahun untuk merangkul pingat emas acara regu berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya hari ini, Anwar menyifatkan kejayaan itu sebagai momen manis yang amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, selain menjadi koleksi emas keempat buat kontinjen negara di temasya berkenaan.
“Tahniah kepada skuad sepak takraw negara atas kejayaan menamatkan penantian 36 tahun... Kejayaan ini turut menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di temasya kali ini, sekali gus menjadi satu kemenangan yang cukup bermakna,” katanya.
Beliau turut menitipkan kata-kata semangat buat barisan pemain agar meneruskan momentum kecemerlangan demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, disusuli perkongsian foto skuad negara meraikan kemenangan bersama Jalur Gemilang.
Pencapaian cemerlang ini mengulangi pencapaian kemuncak skuad takraw negara yang kali terakhir mengondol emas dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia Beijing 1990.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 11:03 pm
Tegur mabuk dan buat bising, anggota polis dibelasah warga Myanmar hingga cedera di kepala, badan
September 25, 2026, 10:40 pm
Malaysia tak boleh tanggung sendirian, dunia digesa kongsi beban pelarian Rohingya - Tok Mat
September 25, 2026, 7:04 pm
Anggota tentera maut kemalangan di Lebuh Meru Raya selepas menghadiri program Qiamulail
September 25, 2026, 6:01 pm
Saravanan, isteri dan 3 anak diberi tempoh 30 hari isytihar harta - SPRM
September 25, 2026, 3:16 pm
Aminuddin desak Ismail kemuka fakta khusus dakwaan kesalahan pentadbiran lalu cetus krisis adat Negeri Sembilan
September 25, 2026, 3:11 pm
Penggantungan aktiviti PN tidak jejas persiapan BN hadapi PRN Melaka - Saravanan
September 25, 2026, 2:58 pm
Dua pelajar didakwa tekap dada rakan guna seterika hingga cedera di tahfiz
September 25, 2026, 2:54 pm
SMKA Jempol jadi sekolah agama TVET pertama negara, dibina dengan kos RM98 juta
September 25, 2026, 2:44 pm
