Berita Berita
Anggota tentera maut kemalangan di Lebuh Meru Raya selepas menghadiri program Qiamulail
IPOH, 25 September — Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di persimpangan tiga Lebuh Meru Raya, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Mohamad Nasiruddin Hussin, 23, yang bertugas di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun membelok keluar dari simpang sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda RS yang ditunggangi mangsa.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke HRPB untuk rawatan lanjut. Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menambah, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk kemungkinan faktor titik buta (blind spot) pemandu.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Chepor Jaya selepas menghadiri Program Qiamulail Perdana di Masjid An Nur Gua Permai, Kem Syed Putra, sebelum dijadualkan kembali ke kem bagi menyambung tugas.
Pihak polis menyeru mana-mana saksi kejadian atau pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) agar tampil menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 11:03 pm
Tegur mabuk dan buat bising, anggota polis dibelasah warga Myanmar hingga cedera di kepala, badan
September 25, 2026, 10:40 pm
Malaysia tak boleh tanggung sendirian, dunia digesa kongsi beban pelarian Rohingya - Tok Mat
September 25, 2026, 7:20 pm
Penantian 36 tahun berakhir: Anwar ucap tahniah skuad sepak takraw rangkul emas Sukan Asia
September 25, 2026, 6:01 pm
Saravanan, isteri dan 3 anak diberi tempoh 30 hari isytihar harta - SPRM
September 25, 2026, 3:16 pm
Aminuddin desak Ismail kemuka fakta khusus dakwaan kesalahan pentadbiran lalu cetus krisis adat Negeri Sembilan
September 25, 2026, 3:11 pm
Penggantungan aktiviti PN tidak jejas persiapan BN hadapi PRN Melaka - Saravanan
September 25, 2026, 2:58 pm
Dua pelajar didakwa tekap dada rakan guna seterika hingga cedera di tahfiz
September 25, 2026, 2:54 pm
SMKA Jempol jadi sekolah agama TVET pertama negara, dibina dengan kos RM98 juta
September 25, 2026, 2:44 pm
